Senang Dikenali Sukar Difahami.
Anak kelahiran Pulau Pinang yang peramah dan suka "berfikir" terutamanya permasalahan yang rumit.
Perihatin dengan keadaan sekeliling. Suka dengan
ayat "sharing is caring"
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut
Upacara Pengisytiharan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.
Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester, berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain,Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan
Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu.
Maka tanggal 31hb August 2010, genaplah usia kemerdekaan negara kita Malaysia yang ke-53 tahun dengan membawa tema 1 Malaysia Menjana Transformasi. Semoga kemerdekaan tahun in akan lebih memakmurkan kehidupan rakyat malaysia di samping sentiasa berada dalam keadaan aman & sejahtera...Merdeka..!!! Merdeka..!!! Merdeka..!!!
Aku memang minat layan sinetron dari Indonesia di samping menonton juga drama2 tempatan. Aku hanya memilih cite2 yang menarik dan boleh membuat aku berfikir dan ternanti nanti cite selanjutnya. Isi cite penting tak kisah ler walau pun meleret leret. Sinetron atau drama yang aku layan mesti ada cerita masyarakat, pengajaran dan ofkos percintaan baru mantap nk nganga dpn TV stended ler Marcella kan hatinya penuh dengan kasih sayang ahakz...
Ruangan sinetron review ni baru jer aku perkenalkan di laman blog ini so aku pilih cerita Safa & Marwah sebagai review yang pertama.
TAJUK SINETRON : SAFA & MARWAH WAKTU TAYANGAN : [Selasa-Khamis,2petang ASTRO PRIMA
Pemain/Dibintangi oleh: Nikita Willy sebagai Safa Risty Tagor sebagai Marwah Mieke Amalia sebagai Siti Umar Lubis sebagai Zainal Inggrid Kansil sebagai Ratih Rionaldo Stockhorst sebagai Ilham Riza Shahab sebagai Adil
Pembukaa Sinetron Safa Dan Marwah
Lirik Lagu ST 12 - Biarkan Jatuh Cinta (Tema Pembukaan Sinetron Safa dan Marwah)
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Dan biarkan aku padamu Menyimpan sejuta harapan aku padamu Rasa ini tulus padamu Takkan berhenti sampai aku mati
Reff: Biarkan aku jatuh cinta Pesona ku pada pandangan saat kita jumpa Biarkan aku 'kan mencoba Tak peduli kau berkata 'tuk mau atau tidak
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu Jiwa ini getarkan jiwamu Jantung ini detakkan jantungmu
Back to Reff: 3x
Mata ini indah melihatmu Rasa ini rasakan cintamu
Sinopsis Sinetron Safa Dan Marwah
Di suatu desa SITI wanita muda yang sholeha tapi miskin tengah berjuang melahirkan bayi sulungnya di rumah seorang bidan. Siti tak ditemani oleh siapapun, sebab suaminya baru saja meninggal dunia saat sedang kelaut.
Bersamaannya ada seorang wanita ZALIMAH seorang wanita licik, yang diam-diam merancang untuk menculik dan menjual bayi, juga berpura-pura melahirkan di saat yang bersamaan. Zalimah telah lama berpura-pura hamil anak keduanya, karena dia punya rencana jahat merebut bayi Siti bersama suaminya. Mereka berdua rupanya telah membayar bidan tersebut untuk melancarkan rencana mereka.
Siti pun melahirkan seorang bayi perempuan tapi merasa terkejut apabila diberitahu oleh bidan bahawa bayinya telah meninggal di saat di bersihkan. Siti tidak percaya sebab Siti yakin dia mendengar tangisan bayinya dan sempat melihat tanda lahir berbentuk bulan sabit di bahu bayinya. Bidan, Zalimah & suaminya telah menukar bayi Siti dengan mayat seorang bayi sebagai bukti kepada Siti.
Siti yang hancur hati terus menangis dan merasa pelik melihat Zalimah mengendong seorang bayi yang dia cukup pasti adalah bayinya. Pertengkaran berlaku dimana Zalimah melarikan bayi siti ke sebuah bukit kecil di tepi laut. Perebutan bayi terjadi antara Siti & Zalimah. Akhirnya penghulu desa telah campur tangan. Penghulu telah mencari akal dengan cara berpura pura untuk membunuh bayi itu sekiranya mereka masih bertengkar. Siti merayu kepada penghulu agar memberikan bayi itu kepada Zalimah asalkan bayinya tidak di bunuh. Zalimah & suaminya telah menghilangkan diri dari desa itu.
Bidan yang bersubahat dengan Zalimah ingin menyorok wang sogokan dengan menanamnya tapi telah terjatuh dah mendapat kecederaan di kepala. Orang kampung termasuk Siti datang menolong dan waktu itu bidan telah memberitahu segala muslihat Zalimah kepada Siti. Siti terkejut dan mencari Zalimah namun hampa sebab mereka telah meninggalkan desa itu.
Akhirnya untuk mengubat hatinya dan memulakan kehidupan baru, Siti telah berhijrah ke bandar dengan keazaman ingin mencari anaknya. Dalam perjalanan ke bandar Siti telah bertemu dengan anak seorang pengemis berusia 2 tahun yang ibunya telah di tangkap oleh pihak berkuasa. Anak itu Siti jadikan anak angkatnya dan di beri nama Marwah.
Sementara itu, di Jakarta, putri Siti tumbuh dewasa menjadi anak orang kaya raya yang lemah lembut, baik hati, cantik jelita, dan pintar. Dia dipanggil Safa. Safa memiliki seorang abang yang suka berpoya poya, degil dan sedikit jahil bernama Ilham namun ada sifat baik hati. Namun demikian, Safa selalu merasa bahwa Ilham menjaga sedikit jarak dengannya. Safa tak tahu bahwa secara tak sengaja, Ilham sebenarnya tahu bahwa Safa bukan adik kandungnya. Namun Ilham tak sampai hati memberitahu Safa akan hal itu.
Siti berhijrah ke Jakarta disebabkan anaknya Marwah telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Hidupnya yang susah tidak menghalang dia merasa terhibur dengan kehadiran Marwah yang telah membesar menjadi gadis yang cantik, tegar, berani, sedikit keras kepala tapi berhati baik dan rajin beribadah. Marwah tak pernah ingat bahwa dia bukan putri kandung Siti. Siti sendiri tak sampai hati memberitahu Marwah akan hal itu. Dia pun membiarkan Marwah mengira bahwa dirinya adalah putri kandung Siti. Namun, tak sedetikpun Siti melupakan putrinya. Sejak kecil Marwah juga mengetahui kerinduan hati Siti ini. Sejak kecil Marwah pun cuma punya satu tekad, mempertemukan ibunya dengan “adiknya” itu suatu saat nanti.
Di tempat pengajian barunya Marwah bertemu dan bersahabat baik dengan Safa... dan nasib pun seperti terus berusaha mengikat mereka, tanpa mereka pernah menyadari ikatan apakah yang ada di antara mereka sebenarnya.
Dan kisah cinta segi empat antara Safa, Marwah, Ilham (yang sebenarnya merasakan perasaan suka sejak dia tau kalau Safa bukanlah adik kandungnya, tapi tidak pernah menyadarinya selama ini), dan Adil – seorang lelaki tampan, soleh, bijak, sederhana, anak penjaga masjid, membuat kisah ini semakin menarik untuk diketahui kesudahannya.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 dan pengunjung2 lamansesewang ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini akan lebih mendapat keberkatankerahmatan dan keampunan di samping diberi kekuatan menahan sabar & menimbulkankeinsafan kita sebagai hambaNya.
Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.
Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 dengan 61 peserta (41 qari dan 20 qariah) dari 45 negara mengambil bahagian.
Qari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed (91.46%)johan kategori qari
Qari Malaysia,Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (90.75%) Naib Johan.
Qari Filipina, Abdul Wadoud K. Esmail (89.63%) Tempat ke-3
Qari Iran, Mahmoud Taghi Rangraz tempat ke-4
Qari Brunei, Awangku Mohammad Adibul Amin Pengiran Marjuki.
Qariah Pakistan, Samia Khanan (91.08%) johan kategori qariah
Qariah Brunei, Dayang Nurfaezah Emran (90.17%) Naib Johan
Qariah Filipina, Monaifah A. Bogabong Alawi (88.75%)Tempat ke-3
Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.
Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.
Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.
Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya. “Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).
“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.
Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.
Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.
Lapan peserta yang dimaksudkan itu ialah Sharafuddin Suaut, Ahmad Syakir Zamri, Amiril Md Banin, Nik Muhammad Adib Md Amin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nuri Ali Arbain, Ahmad Hazran Ahmad Kamal dan Mohd Taufek Mohd.
Bagi cabaran akhir, Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji Al-Quran secara bertaranum, menyanyikan lagu zikir dan menjawab soalan berkisar hukum agama Islam secara spontan.
Segala aspek pemarkahan dan penilaian diadili Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.
Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis selama 10 minggu mencipta fenomena tersendiri biarpun kali pertama diterbitkan. Program realiti ini juga mencatat sejarah kerana mendapat liputan media antarabangsa.
Biodata Juara Imam Muda Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan Asal: Pulau Pinang Tarikh Lahir: 12 Februari 1984 (26 tahun) Bangsa: Melayu Status: Berkahwin Pekerjaan: Imam Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23 Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM
Sejarah FIFA Piala Dunia FIFA (selalu dipanggil sebagai Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Federation Internationale de Football Association (FIFA)), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 (kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II). Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir (biasanya dipanggil sebagai pusingan akhir) melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.
Sepanjang 19 kejohahnan yang telah diadakan, hanya lapan negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil yang menang sebanyak lima kali dan juga satu-satunya pasukan yang tidak terlepas satu kejohanan pun; diikuti Itali dengan empat kejuaraan; Jerman dengan tiga; Uruguay (juara pertama Piala Dunia) dan Argentina dengan dua setiap satu; dan England, Perancis dan Sepanyol satu. Juara semasa adalah Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.
Kejohanan Piala Dunia seterusnya diadakan di Brazil pada tahun 2014.
PIALA DUNIA FIFA 2010
Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia telah berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.
Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.
Kejohanan bermula pada 11 Jun dengan peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bertanding gilir untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.
Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.
Maskot
Zakumi, maskot Piala Dunia FIFA 2010
Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintangbersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika. Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.
Lagu Rasmi Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol. Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa. Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.
Bola Perlawanan
Bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan. Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.
Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakan GripnGroove yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom. Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.
Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa [ergerakannya sangat susah untuk diramal. Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol. Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)" Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.
Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.
Mentor musim ke-4 telah pun berakhir dengan menobatkan Mohd sebagai juara program realiti terbitan TV3, yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Persembahan hebat disamping memiliki bakat yang tersendiri menyakinkan pihak juri dan peminat untuk memilih protege kepada Ziana Zain sebagai pemenang.
Pada malam itu, turut memperlihatkan persaingan sengit dengan ketiga-tiga finalis mempunyai kekuatan tersendiri. Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan mohd Nor mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100 000.
Menyingkap sejarah Mentor yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2005 itu menyaksikan Pija sebagai juara pertamanya manakala Fiq pula menggenggam gelaran itu pada musim kedua setahun selepas itu, manakala Black menempatkan namanya untuk musim ketiga.
Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Binta dan Bujang Senang. Tempat kedua dimenangi oleh Adi HamizJohar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat.
Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000. Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus