Saturday, April 10, 2010

Amarahhhhh....Siti Nurhaliza & Kris Dayanti

Huhuhu video clip lagu paduan suara Siti Nuhaliza & Krisdayanti
berjudul "Amarah" dah keluar rupanya. Aku dengan tidak sengaja
telah ternampak sedutan video clip ni kat tv sebab tu ler kalut jer
aku cari kat youtube. Memula album dia orang released tak der lagi
video clip so layan jer lagu sambey bayangkan camner ler keadaan
dua orang diva menyampaikan lagu ni. Sejak awal album dia orang
keluar aku dah spin2kan untuk didengari oleh listener masa aku
on air dan ramai juga yang mendengar for the 1st time minta aku
antar kat dia orang. Wah cantik nyer rupa paras Siti Nurhaliza dan
Krisdayanti dalam video clip ni. Walaupun mimik muka mereka
digambarkan dalam keadaan yang marah tapi kecantikan mereka
terserlah maklum ler orang cantik buat muka camner pun tak hilang
cantiknya. Jom layan dengar lagu ni..amarahhhhhh!!!!

Monday, April 5, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009

Photobucket

Berakhir sudah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun 2009
Siaran lansung ABPBH 2009 ini disiarkan di TV3 dan stesen radio Hot FM daripada
Arena of Stars, Genting Highlands. Keputusan dikira daripada 400,000 borang undian
dan juga lebih 220,000 SMS yang dihantar kepada pihak penganjur.

Keputusan penuh ABPBH 2009 mengikut setiap kategori yang dipertandingkan dan
juga Anugerah Bintang Paling Popular 2009.

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
Bunkface

Artis Komedi Lelaki Popular
Nabil Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
Black Mentor

Artis Baru Wanita Popular
Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular
Tiz Zaqyah

Artis Nasyid Popular
Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
Aizat

Penyanyi Wanita Popular
Datuk Siti Nurhaliza

Pelakon Filem Lelaki Popular
Que Hailar

Pelakon Filem Wanita Popular
Liyana Jasmay

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Datuk Khadijah Ibrahim

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Datuk Siti Nurhaliza (225,300 undian)

Sunday, April 4, 2010

Konsert AF8 Minggu Ketiga

Photobucket

Di minggu ketiga 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan mereka
memberi persembahan terbaik untuk menempatkan mereka hingga
ke minggu terakhir.

Penyerahan tugasan minggu ketiga berlainan sket dari minggu
sebelumnya, mungkin nak buat pelajar2 teruja dan suspen sket.
Penyerahan agak pelik sebab cover CD lain, tapi isinya lain
keliru juga para pelajar yang menerimanya.

Lagu2 yang akan didendangkan oleh pelajar2 di konsert yang ketiga

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
FARINA – Cantik (Nikki)
ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
NAD – Bulan Cinta (Eva)
ADIRA – Kini (Feminin)



Photobucket


DEBARAN AF8
-----------------------
Keputusan yang diumumkan hos, Sarimah Ibrahim pada Debaran yang diadakan
di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria
(Saluran 104) mengejutkan ramai pihak memandangkan Anum adalah satu-satunya
pelajar wanita yang mendapat pujian dari pengkritik di konsert ketiga AF8.

Anum yang mendapat undian sebanyak 8.73% redha dengan keputusan penyingkiran
tersebut. Walaupun sedih Anum terpaksa menerima kenyataan AF yang penuh
dengan kejutan.


Photobucket
Anum pelajar ketiga AF8 yang tersingkir

Dengan tersingkirnya Anum, kini hanya tinggal 9 pelajar bakal meneruskan perjuangan
pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip
AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.

Berikut ialah keputusan kedudukan Afundi pada konsert AF yang ketiga.

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73%


Biodata Anum
NAMA: Dayang Nor Anum Arjuan Aharun
NAMA PANGGILAN: Anum
TARIKH LAHIR: 3 Ogos 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Tawau, Sabah
UMUR: 19 tahun
BANGSA: Brunei
AGAMA: Islam
TINGGI: 159 sm
BERAT: 49 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM

Sunday, March 28, 2010

Konsert AF8 Minggu Kedua

Photobucket

Konsert minggu kedua Akademi Fantasia Musim Ke-8 telah pun berlangsung
malam tadi (27Mar2010) jam 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (cenel 104)

Lagu-lagu tugasan yang dipertandingkan ialah :-

PELAJAR LELAKI

1.ALIF-DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross)
2.SHAHIR-JANGAN NAKAL (Alif Satar)
3.IWAN-MENCARI KONKLUSI (Hujan)
4.MAULANA-HASRAT HATI (S.Mariam)
5.DAUS-MENATAP MATAMU (Aril)

PELAJAR PEREMPUAN

1.AIN-LAGU HAPPY (Amy Mastura)
2.FARINA-KETENTUAN (Ramlah Ram)
3.ANUM-SEKADAR DI PINGGIRAN (Franscisca Peter)
4.NAD-AKU WANITA BIASA (Kris Dayanti)
5.EMA-PAKAI BUANG (Stacy)
6.ADIRA-KU PERCAYA ADA CINTA (CT Nurhaliza)

LAGU BONUS DEBARAN
ANDAINYA AKU PERGI DULU – (ALLEYCATS)

Photobucket

Menerusi Debaran Akademi Fantasia Ema pelajar yang menyanyikan lagu Pakai Buang
yang dipopularkan oleh Stacy terpaksa akur bahawa nasib tidak menyebelahinya dan
dia telah diistiharkan tersingkir pada minggu ini.


Photobucket
Ema Pelajar kedua AF8 yang tersingkir

Friday, March 26, 2010

Menatap Matamu – Aril AF7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Sungguh indahnya hari berlalu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

**
(OST Kau & Aku)
**

Best kan lirik lagu ni..
Bait-baik lirik cun
nada lagu cun
suara penyanyi pun kira cun juga
overall lagu ni berjaya meraih minat listener tuk layan.
Kepada couple yg tengah hangat dan suam2 kuku bercinta
mesti asyik masyuk bila dengar lagu ni kan kan kan?
Aku pun dah selalu2 dengar dah jadi minat plak dengan
lagu ni lebih2 lagi bila ramai gak listener yang request
bila aku onair so hopefully lagu ni akan menjadi salah satu
lagu koleksi jiwang peribadi semua orang yang berjiwa
sentimental & rapuh cam aku hehehe!!!

Wednesday, March 24, 2010

Konsert AF8 Minggu Pertama

Photobucket

Konsert Pertama AF musim ke-8 telah berlangsung pada 20Mac2010
jam 9 malam menerusi slot Astro Ria cenel 104. Semua penggemar siri
AF yang masih setia mengikuti program realiti ni sejak dulu hingga
sekarang tak lepas peluang awal-awal dah mengadap tv semata-mata
nak tengok bakat-bakat yang bakal di pertonjolkan. Cam tahun-tahun
sebelumnya konsert pertama memang boring tak happening langsung
tak tahu plak konsert2 pada minggu yang akan datang. Pengkritik tetap
AF musim ke-8 ni ialah Adlin Aman Ramli & Aznil Haji Nawawi. Pada
konsert pertama ni pengkritik jemputan ialah Edry (KRU). Kesemua
pengkritik menegur dari berbagai sudut persembahan yang
masih belum dapat di tonjolkan oleh peserta2 maklum ler minggu
pertama masing2 masih blur2 dan takut2. So apa2 pun tunggu dan lihat
prestasi persembahan peserta2 pada minggu2 akan datang.


Senarai lagu-lagu yang di dendangkan oleh 12 peserta AF8 pada malam itu :-

SHAH – Bengang (Akim)
ALIF - Kau Aku (Aizat)
SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
DAUS – Cari Jodoh (Wali)
AIN – Hey Ladies (Rossa)
FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
NAD – ERT (Farah Asyikin)
EMA – Yang Terbaik (Marsha)
ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)


Akademi Fantasia musim ke-8 ni menyaksikan satu konsep baru dimana
peserta yang mendapat undian sms yang paling kurang dan semestinya
tidak dapat meneruskan perjuangan tidak di lakukan pada malam konsert
seperti musim yang terdahulu. Musim ini pada malam hari ahad selepas
konsert diadakan Debaran Akademi Fantasia akan mengumumkan penyingkiran
pelajar dan untuk konsert yang pertama ini Muhammed Shahril Mohd
Saleh Hussein atau Shah telah terkeluar. Ramai yang tidak bersetuju dengan
penyingkiran Shah tapi well itu lah realiti konsep Akademi Fantasia segala
keputusan terletak pada jumlah undian penonton. Meneruskan perjuangan
pada minggu yang berikutnya ialah 11 peserta yang akan menunjukkan
bakat dan kebolehan masing2 pada konsert ke-2 yang akan di adakan pada
27Mac2010 jam 9 malam so kepada peminat AF jangan lupa menonton dan
juga mengundi peserta2 yang anda rasa layak untuk disokong menjadi juara
Akademi Fantasia Musim Ke-8.

Photobucket
Shah peserta AF8 yang pertama tersingkir

Tuesday, March 23, 2010

Akademi Fantasia Musim Ke-8

Photobucket

Bila sebut Akademi Fantasia atau nama singkatannya AF tergambar satu
rancangan realiti TV yang yang tidak disangkal diminati ramai. Menerusi Blog
Gegarkan Kemeriahan Muzik Anda ni aku pun nak gak selitkan serba sket
cite tentang AF ni yerler blog ni telah aku jadikan blog penceritaan
berita2 terkini tentang apa2 saja berkaitan dengan seni yang tengah
rancak di perbualkan oleh masyarakat tak kisah ler menerusi media cetak
dan media elektronik.

Aku tak lah berminat sangat menonton atau mengikuti rentetan AF ni sejak
di perkenalkan di Malaysia tapi ada ler sesekali sebab kalau tak ikuti rasa
cam ketinggalan plak nak menyelit chat ngan rakan2 yang kebanyakannya minat
tahap maksima terhadap rancangan realiti ni.

Sejarah AF di Malaysia aku dapat dari blog Wikipedia dan aku perturunkan
di bawah ni untuk korang baca dan tahu serba sket asal usul kewujudannya
jangan hanya mengikuti tapi tak mengetahui asal usul AF ni.

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertam di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand, yang mana ia mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.

Kata tag: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

AF musim2 yang terdahulu tak dapat ler nak uploadkan perkembangannya sebab waktu tu
blog ni belum wujud hanya AF musim ke-8 ni saja yang insyaAllah sekiranya keadaan
mengizinkan serba sket cite mengenainya akan di sertakan di blog ini.


AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8
---------------------------------------------------------------
Dua belas orang pelajar yang terpilih bagi menyertai Akademi Fantasia musim kelapan
yang terdiri dari 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan yang telah
diperkenalkan kepada penonton menerusi Tirai AF yang bersiaran langsung pada
13 Mac 2010, jam 9.00 malam melalui saluran rasmi, Astro RIA (saluran 104).

Photobucket
12 orang peserta Akademi Fantasia Musim Ke-8
01. Nadiawati Ainul Basir atau Ain,23 tahun,Sabah
02. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum,19 tahun,Sabah
03. Erma Suhaimi atau Erma,21 tahun,Sabah(kakak kepada Adira)
04. Siti Adira Suhaimi atau Adira,19 tahun,Sabah(adik kepada Erma)
05. Zafarina Jamhari atau Farina,28 tahun,Sarawak
06. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus,22 tahun,Sarawak
07. Nadia Emilia Roselan atau Nad,21 tahun,Selangor
08. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah,26 tahun,Selangor
09. Muhammad Alif Kadim atau Alif,18 tahun,Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21 tahun,Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan,20 tahun,Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana,22 tahun,Johor

Tenaga Pengajar AF 8
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8)
Norman Abdul Halim

Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8)
Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley

Tenaga Pengajar:
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)

Photobucket