Tuesday, September 14, 2010

Kemenangan Lady Gaga

Photobucket

LOS ANGELES 13 Sept. - Lagu "Bad Romance" nyanyian diva pop ranggi, Lady Gaga memenangi anugerah muzik video terbaik pada Anugerah Muzik Video MTV, semalam, sekali gus mengekalkan reputasinya sebagai ratu pop.

Kemenangan muzik video itu adalah satu daripada lapan trofi MTV Moonmen yang dirangkul Gaga, 24, yang dilihat kerap menukar gaun fesyen peliknya sepanjang majlis itu, di sini.

"Saya berasa sangat gementar malam ini dan boleh mengecewakan peminat saya," katanya ketika menerima anugerah itu dengan tangisan gembira.

Dia kemudiannya mendedahkan judul album terbarunya yang akan diterbitkan tidak lama lagi "Born this way" dan menyanyikan sebahagian daripada lagu itu.

Terdahulu, Gaga yang turut memenangi anugerah Muzik Video Pop Terbaik, Muzik Video Wanita Terbaik dan Muzik Video Kerjasama Terbaik mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang digelarnya "raksaksa kecil".


**
sumber : utusan malaysia

Zeti Antara Terbaik

Zeti antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia
Penilaian berdasarkan kecemerlangan pengurusan ekonomi 2009

GABENOR Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dipilih sebagai antara tujuh ketua bank pusat terbaik dunia bagi 2010 di atas kecemerlangan pengurusan ekonomi sepanjang tahun lalu.
Pemilihan ketua bank pusat terbaik tahunan dunia oleh majalah kewangan, Global Finance berpangkalan di New York itu meletakkan Zeti sebaris dengan rakan sejawatnya bagi Kesatuan Eropah (EU), Jean-Claude Trichet; Glenn Stevens (Australia); Stanley Fischer (Israel); Lee Seongtae (Korea Selatan); Fai-Nan Perng (Taiwan) dan Durmus Yilmaz (Turki).
Rencana tahunan majalah itu mengenai penilaian terhadap ketua bank pusat memberikan semua mereka penilaian terbaik ‘A’ bagi pengukuran kejayaan mengawal inflasi, penetapan sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah sepanjang 2009.

Penilaian itu dibuat terhadap ketua bank pusat dari 30 negara utama dunia yang mana mereka diberikan penilaian terbaik, ‘A’ hingga ‘F’ yang dinilai sebagai gagal dalam pengurusan ekonomi negara masing-masing.

Zeti turut mendapat penilaian ‘A’ bagi 2009.

Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Ben S Bernanke pula diberikan penilaian ‘C’ tahun ini sama seperti tahun lalu.
Penerbit majalah itu, Joseph Giarraputo, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di New York semalam berkata, ketua bank pusat dari seluruh dunia telah diuji dengan hebat sepanjang tahun lalu kerana ekonomi global berada dalam keadaan yang paling sukar.

“Sepanjang tahun lalu yang turut menjadi antara tahun paling sukar dalam sejarah dunia, ketua bank pusat telah diuji dengan begitu hebat,” katanya.

Giarraputo berkata, setiap tahun bermula 1994, majalah itu membuat penilaian terhadap ketua bank pusat dari segi keupayaan mereka melaksanakan dasar kewangan tanpa campur tangan politik.

“Kami turut menilai daya usaha mereka dalam mendesak kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan membuka ekonomi kepada pelaburan asing serta perkhidmatan kewangan,” katanya.

Majalah itu mempunyai pembaca di 163 negara yang terdiri daripada pengamal kewangan syarikat multinasional dan ia mempunyai pejabat di London dan Milan, selain ibu pejabatnya di New York.


**
sumber : Berita Harian

Sunday, September 12, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Photobucket

ke rumah pak ngah naik lori
naik macam pandu ferrari
tiba sudah aidilfitri
salah silap harap dimaafi