Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-53

Photobucket

MENYINGKAP SEJARAH

Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu:

Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956.Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut

Upacara Pengisytiharan

Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan
Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan sebagai simbolik lahirnya sebuah negara yang baru dan tembakan meriam seratus satu das.

Dengan bunyi nobat nafiri, Yang di-Pertuan Agong diiringi oleh Duke of Gloucester,
berangkat pergi dari pentas diikiuti oleh pemerintah Melayu yang lain,Perdana Menteri dan Sir Donald MacGillivray. Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan

Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British terakhir di Persekutuan Tanah Melayu.

Maka tanggal 31hb August 2010, genaplah usia kemerdekaan negara kita Malaysia
yang ke-53 tahun dengan membawa tema 1 Malaysia Menjana Transformasi. Semoga
kemerdekaan tahun in akan lebih memakmurkan kehidupan rakyat malaysia di samping
sentiasa berada dalam keadaan aman & sejahtera...Merdeka..!!! Merdeka..!!! Merdeka..!!!

Sunday, August 22, 2010

Safa Dan Marwah


Aku memang minat layan sinetron dari Indonesia di samping menonton
juga drama2 tempatan. Aku hanya memilih cite2 yang menarik dan boleh
membuat aku berfikir dan ternanti nanti cite selanjutnya. Isi cite
penting tak kisah ler walau pun meleret leret. Sinetron atau drama
yang aku layan mesti ada cerita masyarakat, pengajaran dan ofkos
percintaan baru mantap nk nganga dpn TV stended ler Marcella kan
hatinya penuh dengan kasih sayang ahakz...

Ruangan sinetron review ni baru jer aku perkenalkan di laman blog
ini so aku pilih cerita Safa & Marwah sebagai review yang pertama.


TAJUK SINETRON : SAFA & MARWAH
WAKTU TAYANGAN : [Selasa-Khamis,2petang ASTRO PRIMA

Pemain/Dibintangi oleh:
Nikita Willy sebagai Safa
Risty Tagor sebagai Marwah
Mieke Amalia sebagai Siti
Umar Lubis sebagai Zainal
Inggrid Kansil sebagai Ratih
Rionaldo Stockhorst sebagai Ilham
Riza Shahab sebagai Adil


Pembukaa Sinetron Safa Dan Marwah

Lirik Lagu ST 12 - Biarkan Jatuh Cinta
(Tema Pembukaan Sinetron Safa dan Marwah)

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

Dan biarkan aku padamu
Menyimpan sejuta harapan aku padamu
Rasa ini tulus padamu
Takkan berhenti sampai aku mati

Reff:
Biarkan aku jatuh cinta
Pesona ku pada pandangan saat kita jumpa
Biarkan aku 'kan mencoba
Tak peduli kau berkata 'tuk mau atau tidak

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu
Jiwa ini getarkan jiwamu
Jantung ini detakkan jantungmu

Back to Reff: 3x

Mata ini indah melihatmu
Rasa ini rasakan cintamu

Sinopsis Sinetron Safa Dan Marwah

Di suatu desa SITI wanita muda yang sholeha tapi miskin tengah berjuang melahirkan bayi sulungnya di rumah seorang bidan. Siti tak ditemani oleh siapapun, sebab suaminya baru saja meninggal dunia saat sedang kelaut.

Bersamaannya ada seorang wanita ZALIMAH seorang wanita licik, yang diam-diam merancang untuk menculik dan menjual bayi, juga berpura-pura melahirkan di saat yang bersamaan. Zalimah telah lama berpura-pura hamil anak keduanya, karena dia punya rencana jahat merebut bayi Siti bersama suaminya. Mereka berdua rupanya telah membayar bidan tersebut untuk melancarkan rencana mereka.

Siti pun melahirkan seorang bayi perempuan tapi merasa terkejut apabila diberitahu oleh bidan bahawa bayinya telah meninggal di saat di bersihkan. Siti tidak percaya sebab Siti yakin dia mendengar tangisan bayinya dan sempat melihat tanda lahir berbentuk bulan sabit di bahu bayinya. Bidan, Zalimah & suaminya telah menukar bayi Siti dengan mayat seorang bayi sebagai bukti kepada Siti.

Siti yang hancur hati terus menangis dan merasa pelik melihat Zalimah mengendong seorang bayi yang dia cukup pasti adalah bayinya. Pertengkaran berlaku dimana Zalimah melarikan bayi siti ke sebuah bukit kecil di tepi laut. Perebutan bayi terjadi antara Siti & Zalimah. Akhirnya penghulu desa telah campur tangan. Penghulu telah mencari akal dengan cara berpura pura untuk membunuh bayi itu sekiranya mereka masih bertengkar. Siti merayu kepada penghulu agar memberikan bayi itu kepada Zalimah asalkan bayinya tidak di bunuh. Zalimah & suaminya telah menghilangkan diri dari desa itu.

Bidan yang bersubahat dengan Zalimah ingin menyorok wang sogokan dengan menanamnya
tapi telah terjatuh dah mendapat kecederaan di kepala. Orang kampung termasuk Siti datang menolong dan waktu itu bidan telah memberitahu segala muslihat Zalimah kepada Siti. Siti terkejut dan mencari Zalimah namun hampa sebab mereka telah meninggalkan desa itu.

Akhirnya untuk mengubat hatinya dan memulakan kehidupan baru, Siti telah berhijrah ke bandar dengan keazaman ingin mencari anaknya. Dalam perjalanan ke bandar Siti telah bertemu dengan anak seorang pengemis berusia 2 tahun yang ibunya telah di tangkap oleh pihak berkuasa. Anak itu Siti jadikan anak angkatnya dan di beri nama Marwah.

Sementara itu, di Jakarta, putri Siti tumbuh dewasa menjadi anak orang kaya raya yang lemah lembut, baik hati, cantik jelita, dan pintar. Dia dipanggil Safa. Safa memiliki seorang abang yang suka berpoya poya, degil dan sedikit jahil bernama Ilham namun ada sifat baik hati. Namun demikian, Safa selalu merasa bahwa Ilham menjaga sedikit jarak dengannya. Safa tak tahu bahwa secara tak sengaja, Ilham sebenarnya tahu bahwa Safa bukan adik kandungnya. Namun Ilham tak sampai hati memberitahu Safa akan hal itu.

Siti berhijrah ke Jakarta disebabkan anaknya Marwah telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Hidupnya yang susah tidak menghalang dia merasa terhibur dengan kehadiran Marwah yang telah membesar menjadi gadis yang cantik, tegar, berani, sedikit keras kepala tapi berhati baik dan rajin beribadah. Marwah tak pernah ingat bahwa dia bukan putri kandung Siti. Siti sendiri tak sampai hati memberitahu Marwah akan hal itu. Dia pun membiarkan Marwah mengira bahwa dirinya adalah putri kandung Siti. Namun, tak sedetikpun Siti melupakan putrinya. Sejak kecil Marwah juga mengetahui kerinduan hati Siti ini. Sejak kecil Marwah pun cuma punya satu tekad, mempertemukan ibunya dengan “adiknya” itu suatu saat nanti.

Di tempat pengajian barunya Marwah bertemu dan bersahabat baik dengan Safa... dan nasib pun seperti terus berusaha mengikat mereka, tanpa mereka pernah menyadari ikatan apakah yang ada di antara mereka sebenarnya.

Dan kisah cinta segi empat antara Safa, Marwah, Ilham (yang sebenarnya merasakan perasaan suka sejak dia tau kalau Safa bukanlah adik kandungnya, tapi tidak pernah menyadarinya selama ini), dan Adil – seorang lelaki tampan, soleh, bijak, sederhana, anak penjaga masjid, membuat kisah ini semakin menarik untuk diketahui kesudahannya.

Thursday, August 12, 2010

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Photobucket

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan2 dan pengunjung2 laman sesewang ini. Semoga ibadah puasa kita tahun ini akan lebih mendapat keberkatan kerahmatan dan keampunan di samping diberi kekuatan menahan sabar & menimbulkan keinsafan kita sebagai hambaNya.

Wednesday, August 4, 2010

Tilawah Al-Quran Antarabangsa Ke-52

Peserta dari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan, Samia Khanan dinobatkan malam tadi sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai AS$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.

Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52 dengan 61 peserta (41 qari dan 20 qariah) dari 45 negara mengambil bahagian.

Qari Mesir, Hani Abdel Aziz Ahmed (91.46%)johan kategori qari

Qari Malaysia,Wan Ainuddin Hilmi Abdullah (90.75%) Naib Johan.

Qari Filipina, Abdul Wadoud K. Esmail (89.63%) Tempat ke-3

Qari Iran, Mahmoud Taghi Rangraz tempat ke-4

Qari Brunei, Awangku Mohammad Adibul Amin Pengiran Marjuki.


Qariah Pakistan, Samia Khanan (91.08%) johan kategori qariah

Qariah Brunei, Dayang Nurfaezah Emran (90.17%) Naib Johan

Qariah Filipina, Monaifah A. Bogabong Alawi (88.75%)Tempat ke-3

Qariah Malaysia,Nor Azrah Ayub, Tempat ke-4

Qariah Indonesia, Afriatinis, tempat -5

Monday, August 2, 2010

Imam Muda 2010

Rezeki menyebelahi Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, apabila dinobatkan juara Imam Muda pada pertandingan akhir di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Graduan Usuluddin dan Fikah Universiti Malaya (UM) itu menewaskan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, untuk merebut gelaran pertama Imam Muda.Dengan kemenangan itu, Muhammad Asyraf menerima insentif berbentuk tawaran sebagai Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan.

Selain itu, Muhammad Asyraf juga menerima biasiswa pakej Berlian pengajian ke Universiti Antarabangsa Al Madinah (MEDIU), sebuah kereta Proton model Exora, pakej menunaikan ibadat haji, pakej umrah, pakej percutian ke Bandung selama empat hari dan tiga malam serta pakej perabot jati bernilai RM10,000.

Hadiah lain yang mengiringi kejayaannya ialah pakej spa Maghribi untuk seorang, wang tunai RM20,000, sebuah komputer riba Apple Macbook Pro, sebuah iPhone 3G, trofi Imam Muda serta sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf JAWI.

Muhammad Asyraf ketika berucap sebaik menerima hadiah kemenangan mengucapkan terima kasih kepada isteri, ibu bapa, rakan-rakan dan penyokong yang mendoakan kejayaannya.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Astro, guru-guru, JAWI dan tenaga pengajar yang tidak kedekut ilmu, mursyid (mentor), mudir (pengetua), penonton dan wartawan yang menyebar luas (program Imam Muda).

“Hanya Allah SWT membalas jasa dan semoga kita bertemu pada program Imam Muda tahun depan,” katanya yang pernah berkongsi misinya mengubah persepsi masyarakat yang menganggap kerjaya imam hanya tertumpu di masjid dan majlis tertentu saja, sedangkan ia lebih meluas.

Naib juara, Hizbur Rahman pula membawa pulang biasiswa pakej Emas pengajian ke MEDIU, wang tunai RM15,000, trofi Imam Muda, iPhone, komputer riba, sijil penyertaan, kad pentauliahan diiktiraf JAWI dan beberapa hadiah menarik lain.

Turut diumumkan sebagai kejutan ialah hadiah tawaran biasiswa pakej Perak melanjutkan pengajian ke MEDIU kepada lapan peserta Imam Muda lain. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung, sebuah Iphone, trofi dan sijil penyertaan.

Lapan peserta yang dimaksudkan itu ialah Sharafuddin Suaut, Ahmad Syakir Zamri, Amiril Md Banin, Nik Muhammad Adib Md Amin, Muhammad Khairul Azhar Ghazali, Nuri Ali Arbain, Ahmad Hazran Ahmad Kamal dan Mohd Taufek Mohd.

Bagi cabaran akhir, Muhammad Asyraf dan Hizbur Rahman dikehendaki menyampaikan tazkirah, mengaji Al-Quran secara bertaranum, menyanyikan lagu zikir dan menjawab soalan berkisar hukum agama Islam secara spontan.

Segala aspek pemarkahan dan penilaian diadili Tuan Pengetua yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz. Beliau dibantu dua Mentor, Shahrizan Daud dan Syed Norhisyam Al Idrus, manakala Dzulkarnain Hamzah pula sebagai hos.

Imam Muda yang disiarkan Astro Oasis selama 10 minggu mencipta fenomena tersendiri biarpun kali pertama diterbitkan. Program realiti ini juga mencatat sejarah kerana mendapat liputan media antarabangsa.

Biodata Juara Imam Muda
Nama Penuh: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
Asal: Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 12 Februari 1984 (26 tahun)
Bangsa: Melayu
Status: Berkahwin
Pekerjaan: Imam
Nama Isteri: Nurhusna Yusof, 23
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah, Universiti Malaya
Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Syariah di UM