Sunday, March 28, 2010

Konsert AF8 Minggu Kedua

Photobucket

Konsert minggu kedua Akademi Fantasia Musim Ke-8 telah pun berlangsung
malam tadi (27Mar2010) jam 9 malam dan disiarkan di Astro Ria (cenel 104)

Lagu-lagu tugasan yang dipertandingkan ialah :-

PELAJAR LELAKI

1.ALIF-DANCE WITH MY FATHER (Luther Vandross)
2.SHAHIR-JANGAN NAKAL (Alif Satar)
3.IWAN-MENCARI KONKLUSI (Hujan)
4.MAULANA-HASRAT HATI (S.Mariam)
5.DAUS-MENATAP MATAMU (Aril)

PELAJAR PEREMPUAN

1.AIN-LAGU HAPPY (Amy Mastura)
2.FARINA-KETENTUAN (Ramlah Ram)
3.ANUM-SEKADAR DI PINGGIRAN (Franscisca Peter)
4.NAD-AKU WANITA BIASA (Kris Dayanti)
5.EMA-PAKAI BUANG (Stacy)
6.ADIRA-KU PERCAYA ADA CINTA (CT Nurhaliza)

LAGU BONUS DEBARAN
ANDAINYA AKU PERGI DULU – (ALLEYCATS)

Photobucket

Menerusi Debaran Akademi Fantasia Ema pelajar yang menyanyikan lagu Pakai Buang
yang dipopularkan oleh Stacy terpaksa akur bahawa nasib tidak menyebelahinya dan
dia telah diistiharkan tersingkir pada minggu ini.


Photobucket
Ema Pelajar kedua AF8 yang tersingkir

Friday, March 26, 2010

Menatap Matamu – Aril AF7

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Sungguh indahnya hari berlalu
Dunia ini berseri selalu

Kuingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Kuingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkanku lepas walau sedetik pun

**
(OST Kau & Aku)
**

Best kan lirik lagu ni..
Bait-baik lirik cun
nada lagu cun
suara penyanyi pun kira cun juga
overall lagu ni berjaya meraih minat listener tuk layan.
Kepada couple yg tengah hangat dan suam2 kuku bercinta
mesti asyik masyuk bila dengar lagu ni kan kan kan?
Aku pun dah selalu2 dengar dah jadi minat plak dengan
lagu ni lebih2 lagi bila ramai gak listener yang request
bila aku onair so hopefully lagu ni akan menjadi salah satu
lagu koleksi jiwang peribadi semua orang yang berjiwa
sentimental & rapuh cam aku hehehe!!!

Wednesday, March 24, 2010

Konsert AF8 Minggu Pertama

Photobucket

Konsert Pertama AF musim ke-8 telah berlangsung pada 20Mac2010
jam 9 malam menerusi slot Astro Ria cenel 104. Semua penggemar siri
AF yang masih setia mengikuti program realiti ni sejak dulu hingga
sekarang tak lepas peluang awal-awal dah mengadap tv semata-mata
nak tengok bakat-bakat yang bakal di pertonjolkan. Cam tahun-tahun
sebelumnya konsert pertama memang boring tak happening langsung
tak tahu plak konsert2 pada minggu yang akan datang. Pengkritik tetap
AF musim ke-8 ni ialah Adlin Aman Ramli & Aznil Haji Nawawi. Pada
konsert pertama ni pengkritik jemputan ialah Edry (KRU). Kesemua
pengkritik menegur dari berbagai sudut persembahan yang
masih belum dapat di tonjolkan oleh peserta2 maklum ler minggu
pertama masing2 masih blur2 dan takut2. So apa2 pun tunggu dan lihat
prestasi persembahan peserta2 pada minggu2 akan datang.


Senarai lagu-lagu yang di dendangkan oleh 12 peserta AF8 pada malam itu :-

SHAH – Bengang (Akim)
ALIF - Kau Aku (Aizat)
SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
DAUS – Cari Jodoh (Wali)
AIN – Hey Ladies (Rossa)
FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
NAD – ERT (Farah Asyikin)
EMA – Yang Terbaik (Marsha)
ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)


Akademi Fantasia musim ke-8 ni menyaksikan satu konsep baru dimana
peserta yang mendapat undian sms yang paling kurang dan semestinya
tidak dapat meneruskan perjuangan tidak di lakukan pada malam konsert
seperti musim yang terdahulu. Musim ini pada malam hari ahad selepas
konsert diadakan Debaran Akademi Fantasia akan mengumumkan penyingkiran
pelajar dan untuk konsert yang pertama ini Muhammed Shahril Mohd
Saleh Hussein atau Shah telah terkeluar. Ramai yang tidak bersetuju dengan
penyingkiran Shah tapi well itu lah realiti konsep Akademi Fantasia segala
keputusan terletak pada jumlah undian penonton. Meneruskan perjuangan
pada minggu yang berikutnya ialah 11 peserta yang akan menunjukkan
bakat dan kebolehan masing2 pada konsert ke-2 yang akan di adakan pada
27Mac2010 jam 9 malam so kepada peminat AF jangan lupa menonton dan
juga mengundi peserta2 yang anda rasa layak untuk disokong menjadi juara
Akademi Fantasia Musim Ke-8.

Photobucket
Shah peserta AF8 yang pertama tersingkir

Tuesday, March 23, 2010

Akademi Fantasia Musim Ke-8

Photobucket

Bila sebut Akademi Fantasia atau nama singkatannya AF tergambar satu
rancangan realiti TV yang yang tidak disangkal diminati ramai. Menerusi Blog
Gegarkan Kemeriahan Muzik Anda ni aku pun nak gak selitkan serba sket
cite tentang AF ni yerler blog ni telah aku jadikan blog penceritaan
berita2 terkini tentang apa2 saja berkaitan dengan seni yang tengah
rancak di perbualkan oleh masyarakat tak kisah ler menerusi media cetak
dan media elektronik.

Aku tak lah berminat sangat menonton atau mengikuti rentetan AF ni sejak
di perkenalkan di Malaysia tapi ada ler sesekali sebab kalau tak ikuti rasa
cam ketinggalan plak nak menyelit chat ngan rakan2 yang kebanyakannya minat
tahap maksima terhadap rancangan realiti ni.

Sejarah AF di Malaysia aku dapat dari blog Wikipedia dan aku perturunkan
di bawah ni untuk korang baca dan tahu serba sket asal usul kewujudannya
jangan hanya mengikuti tapi tak mengetahui asal usul AF ni.

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertam di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand, yang mana ia mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.

Kata tag: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

AF musim2 yang terdahulu tak dapat ler nak uploadkan perkembangannya sebab waktu tu
blog ni belum wujud hanya AF musim ke-8 ni saja yang insyaAllah sekiranya keadaan
mengizinkan serba sket cite mengenainya akan di sertakan di blog ini.


AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8
---------------------------------------------------------------
Dua belas orang pelajar yang terpilih bagi menyertai Akademi Fantasia musim kelapan
yang terdiri dari 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan yang telah
diperkenalkan kepada penonton menerusi Tirai AF yang bersiaran langsung pada
13 Mac 2010, jam 9.00 malam melalui saluran rasmi, Astro RIA (saluran 104).

Photobucket
12 orang peserta Akademi Fantasia Musim Ke-8
01. Nadiawati Ainul Basir atau Ain,23 tahun,Sabah
02. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum,19 tahun,Sabah
03. Erma Suhaimi atau Erma,21 tahun,Sabah(kakak kepada Adira)
04. Siti Adira Suhaimi atau Adira,19 tahun,Sabah(adik kepada Erma)
05. Zafarina Jamhari atau Farina,28 tahun,Sarawak
06. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus,22 tahun,Sarawak
07. Nadia Emilia Roselan atau Nad,21 tahun,Selangor
08. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah,26 tahun,Selangor
09. Muhammad Alif Kadim atau Alif,18 tahun,Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21 tahun,Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan,20 tahun,Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana,22 tahun,Johor

Tenaga Pengajar AF 8
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8)
Norman Abdul Halim

Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8)
Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley

Tenaga Pengajar:
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)

Photobucket

Sunday, March 14, 2010

Dalam Diamku..Terus Mencari

Dalam dok melangut screen boring tak tau nak buat aper saja layan
kesemua lagu-lagu duet Siti Nurhaliza & Krisdayanti menerusi album
CTKD (CANDA TANGIS KETAWA DUKA) rasa cam best plak layan lagu ni
Lirik lagu mengenai kesunyian, kesedihan dan kehampaan hati setelah
terjadinya satu perpisahan. Asyik gak dengar di tambah denga iramanya
yang catchy. Jom dgr sama-sama.

Photobucket

Dalam Diamku
~Kris Dayanti & Siti Nurhaliza~

Telah ku pilih jalan ini
Meski kini ku sendiri
Renungi erti sepi
Tak lagi ada satu kata
Satu jiwa dalam cinta
Yang ada hanya hampa

Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

*
Kata hatiku
Ku simpan dalam diam
Tak perlu ucap lagi

**
Kau kan mengerti suatu hari
Mengapa harus terjadi
Semakin terasa
Semakin berbeda
Sungguh sangat menyeksa

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Chorus
Lelah aku mencari
Ruang cintamu
Untuk cintaku
Bagi cinta ini
Lelah terus berlari
Tanpa bererti
Membelah hati
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Daku terus mencari
Terumbang-ambing dalam kebimbangan

Ulang *
Ulang **

Sepiku lara
Hatiku hampa
Kerana cinta
Menyeksa di dada

Ulang Chorus

Yang hilang biarlah menjadi kenangan
Biarkanlah lepaskanlah

Ulang Chorus

Telah ku pilih jalan ini
Meski ku sendiri
Renungi erti sepi

Tetiba Teringat Lagu Ni

Dalam keboringan melayan petang minggu ni tetiba rasa nak dengar
sangat lagu ni. dulu memang selalu gak dengar berkali kali sehari
di sebabkan ramai yang request masa on-air tapi sekarng ni dengan
kebanjiran lagu-lagu Krisdayanti yang baru lagu ni agak tenggelam
sket. Sambey layan lagu ni sambey coret sket tentang lagu ni kat
blog..huhuhu boringnya petang minggu ni nak lelap sekejap rehatkan
minda sementara menanti maghrib disebabkan badan pun letih selsema
ni pun cam lambat jer nak sembuh..cedeyyyyynyaaaaaaaa......

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

Photobucket

Mencintaimu
~Kris Dayanti~

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

( korus )
Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Saturday, March 13, 2010

Demam Selsema Lah Plak Uwaaa...!!!

Photobucket

AhhChoo!!! uwaaaaa!!! selsema lah plak aku ari ni.
malam tadi sok sek sket2 jer tapi ari ni kepala berat, hidung penuh air,
mata merah dan berair & bersin makin menjadi jadi. ubat demam &
ubat selsema dan makan tapi kenapa tak lega2 ek? Demam selsema ni
cam dah berlarutan menjadi sakit tekak dan harap2 janganlah batuk
melanda diri eeeee.. tak bestnya tp pasrah jer ler nak buat camner kan
dah nak sakit.

Aku baru jer plan 2 hari ni (sabtu & ahad) nak berdj lama sket mungkin
ambik slot petang dan malam tapi dah dok kembang kempis hidungku
ni camner nak berdj. Dulu dah pernah try dj waktu demam perghhhh
feedback diri aku sendiri memang tak best sebab tumpuan kureng dan
keceriaan masa nak on air takder langsung mendatar jer sore SO apa2pun
kena tangguh ler dulu beberapa hari baru leh dj, cedeyyynyaaa!!!Align Center

Wednesday, March 10, 2010

Aku Wanita Biasa Yang Separuh Jiwaku Pergi

Cam best plak bila selalu layan lagu ni. Lirik lagu ni bila di amati memang sesuai sebagai luahan hati seorang wanita yang selalunya tidak terluah dek kata-kata. Entah kenapa selepas jam 12 malam sebelum aku dckan line aku mesti nak layan lagu ni. Suasana malam sendiri yang menjadikan lagu ni begitu mendayu dayu di pendengaranku..layan sentimental siot ler sekejap hehehe!!!

Aku Wanita Biasa
~Kris Dayanti~

Photobucket

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..








&&&&& &&&&& &&&&& &&&&& &&&&&

Separuh Jiwaku Pergi
~Anang Hermansyah~

Photobucket

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka

Kau main hati
Dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua



**********

Kedua dua lirik dalam lagu antara bekas suami isteri ini sedikit sebanyak mempamirkan keluh kesah hati masing2 dalam kemelut rumahtangga mereka yang telah berakhir. Perceraian diva termasyhur Indonesia, Krisdayanti atau KD dan Anang Hermansyah pada pada 19 Ogos lalu, tiga hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut kehadiran Ramadan telah sedikit sebanyak mengejutkan banyak pihak terutamanya peminat2 Kris Dayanti. Kabar angin
selama ini telah menjadi kenyataan dan pengakuan kedua duanya itu merupakan jalan yang terbaik atas ketentuan Tuhan. Semoga keduanya akan beroleh kesejahteraan dan kebahagian dengan jalan yang mereka pilih.

Photobucket

Tuesday, March 9, 2010

Kekeliruan Melanda Diri

Huhu cepatnya masa berlalu. Dah 10 hari berada di bulan March membuatkan aku terhitung hitung brapa lama lagikah hari-hari yang perlu di lalui untuk menamatkan tahun 2010. Seiring masa berlalu sedar tak sedar dah nak masuk 8 bulan BayuFm beroperasi dan selama itu lah juga kesetiaanku terhadapnya masih kuat,kukuh dan utuh. Sejak awal tahun 2010 hingga sekarang ni rasanya tak selalu sangat aku berdj hurmmm... dan aku sendiri tak pasti kenapa. Bagi aku kalau nak berdj nak menemani dan menhiburkan orang hati kita terlebih dahulu perlu berada dalam mood yang elok dan ceria. Mungkin aku jarang berdj pada awal tahun 2010 disebabkan gangguan emosi dan mungkin juga keadaan jiwaku yang kadangkala "kacau"
Kebelakangan ni yang sebetulnya aku selalu berada dalam kekeliruan terpaksa berperang dengan segala rasa yang hinggap difikiran dan hatiku. Aku cuba belajar memahami apa yang aku alami tapi makin aku nak faham makin aku jadi tak faham...kenapa ek?
Sekerang ni yang aku tengah buat dan perlu buat ialah jangan terlalu memikirkan tentang sesuatu perkara lebih-lebih lagi perkara yang boleh mendatangkan kesan buruk antara aku dan rakan-rakan sekeliling. Dalam masa yang terdekat ni dalam seminggu aku hanya berdj 2 atau 3 kali sahaja sebab bagiku kalau tak berdj langsung membuatkan aku hilang
fokus bila tiba waktu nak on air kembali so bab dj ni aku "sedang2kan" dulu.

Monday, March 1, 2010

Stay Tune Bersama Peneman Anda MarCella

Photobucket

Assalammualaikum kepada semua..
Terima Kasih kepada pendengar BayuFm dan juga rakan-rakan
yang sudi jengah kat blog MarCella's Blog 2 U ni.
Terima kasih daun keladi juga kepada listener yang sudi belek2
dan buat permintaan lagu berpandukan senarai lagu-lagu yang
tak sebanyak mana pun kat playlist yang tak secantik mana juga hehehe
(bab2 low profile memang hobby cella hahaha!!!!)
Sedar tak sedar kita semua dah berada di awal bulan March 2010
Baru cella prasan yang 2 bulan terdahulu cella tak masukkan apa-apa
entri di dada blog ni..cian kat blog cella ni terlepas pandang plak sebab
asyik dok beri tumpuah kat http://marcellacutemute.blogspot.com/
tak mengapalah owang putih kata better late than never..(jangan marah
noo.. sesekali nak menaip ayat omputih)
Kepada pendengar-pendengar BayuFm (termasuk peminat-peminat setia
DJ MarCella..ada peminat ker cella ni? hehehe!!!!) terima kasih banyak-banyak
lah noooo kerna memberi sokongan padu dan jitu terhadap segala rangkaian
cenel2 Bayu seperti chat kat #bayu, men kuiz kat #bayugames, download lagu
kat #bayump3 dan yang most important thing is dengar online radio BayuFm
Gegarkan Kemeriahan Muzik Anda..Gegggarrr Beb!!!