Wednesday, March 24, 2010

Konsert AF8 Minggu Pertama

Photobucket

Konsert Pertama AF musim ke-8 telah berlangsung pada 20Mac2010
jam 9 malam menerusi slot Astro Ria cenel 104. Semua penggemar siri
AF yang masih setia mengikuti program realiti ni sejak dulu hingga
sekarang tak lepas peluang awal-awal dah mengadap tv semata-mata
nak tengok bakat-bakat yang bakal di pertonjolkan. Cam tahun-tahun
sebelumnya konsert pertama memang boring tak happening langsung
tak tahu plak konsert2 pada minggu yang akan datang. Pengkritik tetap
AF musim ke-8 ni ialah Adlin Aman Ramli & Aznil Haji Nawawi. Pada
konsert pertama ni pengkritik jemputan ialah Edry (KRU). Kesemua
pengkritik menegur dari berbagai sudut persembahan yang
masih belum dapat di tonjolkan oleh peserta2 maklum ler minggu
pertama masing2 masih blur2 dan takut2. So apa2 pun tunggu dan lihat
prestasi persembahan peserta2 pada minggu2 akan datang.


Senarai lagu-lagu yang di dendangkan oleh 12 peserta AF8 pada malam itu :-

SHAH – Bengang (Akim)
ALIF - Kau Aku (Aizat)
SHAHIR – Khatimah Cinta (6ixth Sense)
IWAN – Havent Met You Yet (Micheal Buble)
MAULANA – Extravaganza (Bunkface)
DAUS – Cari Jodoh (Wali)
AIN – Hey Ladies (Rossa)
FARINA – Paparazzi (Lady Gaga)
ANUM – Aku Tak Percaya Cinta (Liyana Jasmay)
NAD – ERT (Farah Asyikin)
EMA – Yang Terbaik (Marsha)
ADIRA – Bertamu Di Kalbu (Jaclyn Victor)


Akademi Fantasia musim ke-8 ni menyaksikan satu konsep baru dimana
peserta yang mendapat undian sms yang paling kurang dan semestinya
tidak dapat meneruskan perjuangan tidak di lakukan pada malam konsert
seperti musim yang terdahulu. Musim ini pada malam hari ahad selepas
konsert diadakan Debaran Akademi Fantasia akan mengumumkan penyingkiran
pelajar dan untuk konsert yang pertama ini Muhammed Shahril Mohd
Saleh Hussein atau Shah telah terkeluar. Ramai yang tidak bersetuju dengan
penyingkiran Shah tapi well itu lah realiti konsep Akademi Fantasia segala
keputusan terletak pada jumlah undian penonton. Meneruskan perjuangan
pada minggu yang berikutnya ialah 11 peserta yang akan menunjukkan
bakat dan kebolehan masing2 pada konsert ke-2 yang akan di adakan pada
27Mac2010 jam 9 malam so kepada peminat AF jangan lupa menonton dan
juga mengundi peserta2 yang anda rasa layak untuk disokong menjadi juara
Akademi Fantasia Musim Ke-8.

Photobucket
Shah peserta AF8 yang pertama tersingkir

0 comments:

Post a Comment