Tuesday, March 23, 2010

Akademi Fantasia Musim Ke-8

Photobucket

Bila sebut Akademi Fantasia atau nama singkatannya AF tergambar satu
rancangan realiti TV yang yang tidak disangkal diminati ramai. Menerusi Blog
Gegarkan Kemeriahan Muzik Anda ni aku pun nak gak selitkan serba sket
cite tentang AF ni yerler blog ni telah aku jadikan blog penceritaan
berita2 terkini tentang apa2 saja berkaitan dengan seni yang tengah
rancak di perbualkan oleh masyarakat tak kisah ler menerusi media cetak
dan media elektronik.

Aku tak lah berminat sangat menonton atau mengikuti rentetan AF ni sejak
di perkenalkan di Malaysia tapi ada ler sesekali sebab kalau tak ikuti rasa
cam ketinggalan plak nak menyelit chat ngan rakan2 yang kebanyakannya minat
tahap maksima terhadap rancangan realiti ni.

Sejarah AF di Malaysia aku dapat dari blog Wikipedia dan aku perturunkan
di bawah ni untuk korang baca dan tahu serba sket asal usul kewujudannya
jangan hanya mengikuti tapi tak mengetahui asal usul AF ni.

Akademi Fantasia atau lebih dikenali sebagai AF ialah sebuah rancangan realiti televisyen yang pertama di Malaysia yang mana peserta yang dipanggil pelajar akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara dan berpeluang memulakan karier dalam industri hiburan.

Musim pertama mula disiarkan pada Jun 2003 dan menjadi salah satu daripada rancangan yang paling tinggi ditonton di Astro Ria. Lagu tema bertajuk "Menuju Puncak" dicipta oleh Juwita Suwito, adik perempuan kepada komposer, Aubrey Suwito.

Format rancangan ini diolah daripada "La Academia", yang pada asalnya di Mexico. Malaysia menjadi negara pertam di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini. Ia kemudian diikuti oleh Indonesia dan Thailand, yang mana ia mendapat respon positif berbanding dengan siri Idol.

Kata tag: Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.

AF musim2 yang terdahulu tak dapat ler nak uploadkan perkembangannya sebab waktu tu
blog ni belum wujud hanya AF musim ke-8 ni saja yang insyaAllah sekiranya keadaan
mengizinkan serba sket cite mengenainya akan di sertakan di blog ini.


AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-8
---------------------------------------------------------------
Dua belas orang pelajar yang terpilih bagi menyertai Akademi Fantasia musim kelapan
yang terdiri dari 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan yang telah
diperkenalkan kepada penonton menerusi Tirai AF yang bersiaran langsung pada
13 Mac 2010, jam 9.00 malam melalui saluran rasmi, Astro RIA (saluran 104).

Photobucket
12 orang peserta Akademi Fantasia Musim Ke-8
01. Nadiawati Ainul Basir atau Ain,23 tahun,Sabah
02. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum,19 tahun,Sabah
03. Erma Suhaimi atau Erma,21 tahun,Sabah(kakak kepada Adira)
04. Siti Adira Suhaimi atau Adira,19 tahun,Sabah(adik kepada Erma)
05. Zafarina Jamhari atau Farina,28 tahun,Sarawak
06. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus,22 tahun,Sarawak
07. Nadia Emilia Roselan atau Nad,21 tahun,Selangor
08. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah,26 tahun,Selangor
09. Muhammad Alif Kadim atau Alif,18 tahun,Kuala Lumpur
10. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir,21 tahun,Perak
11. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan,20 tahun,Negeri Sembilan
12. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana,22 tahun,Johor

Tenaga Pengajar AF 8
Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-8(AF8)
Norman Abdul Halim

Hos (Pengacara) Konsert Mingguan Akademi Fantasia Musim ke-8 (AF8)
Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley

Tenaga Pengajar:
Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal)
Linda Jasmine (Guru Tari)
Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan)
Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris)
Que Haidar (Jurulatih Drama)

Photobucket

0 comments:

Post a Comment