Monday, April 12, 2010

Konsert AF8 Minggu Keempat

Photobucket

Lagu-lagu untuk tugasan minggu yang ke-4

ADIRA – Biarlah (Nidji)
AIN – Kawan (Ruhil Amani)
ALIF – Hanya Di Radio (Headwind)
DAUS – Mirage (Pesawat)
FARINA – Teruskanlah (Agnes Monica)
IWAN – Kekasih Gelapku (Ungu)
MAULANA – Biarkan (Vince)
NAD – Realiti Dewi (Alyah)
SHAHIR – Always be My Baby (David Cook)



Photobucket
DEBARAN AF8
--------------------
Hasrat Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Kadim, 19,
untuk terus kekal di Akademi Fantasia musim kelapan (AF8)
musnah apabila dia diumumkan sebagai pelajar keempat tersingkir
daripada rancangan itu yang dibuat menerusi Debaran AF di
Dewan Sri Putra, Bukit Jalil setelah dia memperoleh undian
tercorot sebanyak 9.46 peratus.

Alif yang menyanyikan lagu Hanya di Radio dendangan Headwind
gagal menarik perhatian penonton untuk meraih undian.

"Saya reda dengan keputusan penonton, namun saya rasa saya
telah berikan yang terbaik," katanya pada sidang akhbar yang
diadakan selepas tamat Debaran AF.

Biarpun sedih, pelajar yang berasal dari ibu kota itu terpaksa
akur dengan keputusan yang diadili 100 peratus undian penonton
menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyingkirkan dirinya
mengikut jejak langkah Shah, Ema dan Anum yang masing-masing
diumumkan tersingkir pada minggu pertama, kedua dan ketiga.

Kini, tinggal lapan peserta yang meneruskan perjuangan mereka
dalam AF 8 pada minggu kelima ini. Adira menduduki tangga pertama
dengan markah 15.17 peratus, Shahir (13.24), Maulana (11.23),
Daus (10.75), Ain (10.62), Nad (10.07), Iwan (9.99), Farina (9.96)
dan Alif di tangga terendah dengan (9.46)

Sekiranya anda ingin melihat pelajar kegemaran anda terus beraksi di
gelanggang AF8 teruskan AFUNDI ANDA!

AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999

Photobucket
Alif pelajar keempat AF8 yang tersingkir

0 comments:

Post a Comment