Sunday, April 4, 2010

Konsert AF8 Minggu Ketiga

Photobucket

Di minggu ketiga 10 pelajar bakal meneruskan perjuangan mereka
memberi persembahan terbaik untuk menempatkan mereka hingga
ke minggu terakhir.

Penyerahan tugasan minggu ketiga berlainan sket dari minggu
sebelumnya, mungkin nak buat pelajar2 teruja dan suspen sket.
Penyerahan agak pelik sebab cover CD lain, tapi isinya lain
keliru juga para pelajar yang menerimanya.

Lagu2 yang akan didendangkan oleh pelajar2 di konsert yang ketiga

ALIF – Sesuatu Janji (Taufik Batisah)
SHAHIR – Derita Cinta (Jamal Abdillah)
IWAN – Permaisuriku (Jay Jay)
MAULANA – So Sick (Ne-Yo)
DAUS – Separuh Jiwaku Pergi (Anang)
AIN – Cinta Antara Benua (Arni Nazira)
FARINA – Cantik (Nikki)
ANUM – Kau Atau Aku (Main Tarik Tali) (Elyana)
NAD – Bulan Cinta (Eva)
ADIRA – Kini (Feminin)



Photobucket


DEBARAN AF8
-----------------------
Keputusan yang diumumkan hos, Sarimah Ibrahim pada Debaran yang diadakan
di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria
(Saluran 104) mengejutkan ramai pihak memandangkan Anum adalah satu-satunya
pelajar wanita yang mendapat pujian dari pengkritik di konsert ketiga AF8.

Anum yang mendapat undian sebanyak 8.73% redha dengan keputusan penyingkiran
tersebut. Walaupun sedih Anum terpaksa menerima kenyataan AF yang penuh
dengan kejutan.


Photobucket
Anum pelajar ketiga AF8 yang tersingkir

Dengan tersingkirnya Anum, kini hanya tinggal 9 pelajar bakal meneruskan perjuangan
pada minggu depan untuk merebut gelaran juara.

Teruskan mengundi pelajar kegemaran anda dengan menaip
AFUNDI <3/5/10> NAMA SINGKATAN PELAJAR & HANTAR ke 32999.

Berikut ialah keputusan kedudukan Afundi pada konsert AF yang ketiga.

1. Adira 12.68%
2. Maulana 11.36%
3. Shahir 10.05%
4. Alif 10.05%
5. Ain 9.87%
6. Nad 9.83%
7. Iwan 9.37%
8. Farina 9.12%
9. Daus 8.93%
10. Anum 8.73%


Biodata Anum
NAMA: Dayang Nor Anum Arjuan Aharun
NAMA PANGGILAN: Anum
TARIKH LAHIR: 3 Ogos 1991
TEMPAT LAHIR: Hospital Tawau, Sabah
UMUR: 19 tahun
BANGSA: Brunei
AGAMA: Islam
TINGGI: 159 sm
BERAT: 49 kg
STATUS: Bujang
PEKERJAAN: Lepasan SPM
PENDIDIKAN TERTINGGI: SPM

0 comments:

Post a Comment