Sunday, April 25, 2010

Konsert AF8 Minggu Keenam

Photobucket

Sedar tak sedar rancangan realiti kesukaan ramai Akademi Fantasia telah
memasuki minggu yang ke-6. Kelegaan jelas terbayang di wajah pelajar2 di minggu
ke-5 dimana menerusi segmen Debaran Akademi Fantasia telah di umumkan tiada
penyingkiran pada minggu tersebut. Meskipun demikian lapan pelajar yang masih
tinggal mesti mempertingkatkan usaha demi menyahut cabaran untuk mengekalkan
mereka hingga ke minggu terakhir.

Pada minggu ke-6 ini tugasan yang telah diserahkan kepada pelajar2
adalah seperti berikut :-

ADIRA – My All (Mariah Carey)
AIN – Jujur Takkan Melupakanmu (Ella)
DAUS – Selamat Malam (Faizal Tahir)
FARINA – Mainan Jiwa (Rini)
IWAN – Aku Cinta Kau Dan Dia (Dewa)
MAULANA – Bila Rindu (Ruffedge)
NAD – Jikalau Aku (Ezlynn)
SHAHIR – Kau Yang Satu (Ramli Sarip)

LAGU BONUS

Pak Balik Pak (Melati)
Perpisahan Terasing (KRU)

Photobucket

DEBARAN AF8
Tiada yang mengejutkan bila Nad diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir kerana sejak dari awal lagi nama beliau sering disebut-sebut sebagai pelajar yang patut tersingkir daripada Akademi Fantasia musim ke-8 ini kerana prestasi’nya yang dilihat kurang menyerlah berbanding pelajar yang lain. Dan di minggu ke-6, ianya menjadi kenyataan.

Dengan tersingkirnya Nad dari Akademi, bermakna hanya tinggal 7 pelajar sahaja lagi yang meneruskan perjuangan mereka di Akademi Fantasia untuk musim ke-8 ini iaitu Daus, Iwan, Maulana, Shahir, Ain, Adira dan juga Farina.

Photobucket

0 comments:

Post a Comment