Thursday, April 22, 2010

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Lirik lagu diatas sudah cukup menyedarkan kita bahawa setiap yang hidup
pasti akan mati. Kematian adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap
makhluk yang bernyawa. Namun kita tidak pernah diberitahu, bilakah
masanya ajal kita akan tiba. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh
Allahyarham dan Allahyarhamah rakan-rakan kita yang telah pergi menyahut
seruan Ilahi dan ditempatkan roh mereka bersama sama dengan orang yang
beriman dan beramal soleh..amin. Dari Dia kita datang kepada Dia kita
kembali, Al-Fatihah...

Photobucket

Diantara artis dan penggiat seni yang telah pergi meninggalkan kita :-


Sitti Suriane Julkarim (Yanie peserta Mentor - 21 Mac 2010)

Photobucket

Innalillahhiwainnalillahirojiun…
Penyanyi kelahiran program realiti TV, Mentor di TV3 – Yanie atau nama sebenarnya, Siti Suriane Julkarim telah meninggal dunia dalam usia 25 tahun selepas Zuhur, jam 1.15 tengahari pada 21 Mac 2010 di Hospital Keningau akibat ketumbuhan paru-paru. Sebelum ini, Yanie dikatakan menderita terlantar sakit selama 4 bulan. Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Sembulan, Sabah dari Hospital Keningau dan dikebumikan di Kampung Sembulan Lama.

Kepada yang masih samar-samar, Yanie merupakan pemenang tempat ke-3 musim pertama Mentor. Yanie pernah bergandingan dengan mentornya, Ning Baizura & Nikki dalam lagu Drama. Pernah lahir dengan lagu duet dengan Diddy – Saling Terpesona. Pernah berlakon drama Fara – memegang watak Wanda di bawah arahan Aziz M Osman.

Semoga ruhnya dirahmati oleh Allah dan di ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah untuk seluruh famili.

**********************************************************************
Mior Ahmad Fuad Mior Badri
(Din Beramboi Pelawak & Penyampai Radio - 2 Apr 2010)


Photobucket

Innalillahhiwainnalillahirojiun…
Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35pagi 02Apr2010 di Hospital Selayang.

Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin 29Mac selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan (FRIM)

**********************************************************************

Abdillah Murad Md Shaari (Achik Bekas Vokalis Kumpulan Spin - 17 Apr 2010)

Photobucket
Innalillahhiwainnalillahirojiun…
Di Seremban, bekas vokalis kumpulan Spin, Achik atau Abdillah Murad Md Shari, 28, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda sebelum terbakar di Kilometer 13, Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) di Mantin, dekat sini petang semalam.

Kemalangan kira-kira jam 6 petang itu menyebabkan penyanyi yang pernah membintangi beberapa filem dan drama mati di tempat kejadian dan kereta Toyota Estimanya hangus. Mayatnya dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Jenazah Allahyarham Achik telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di sini pada kira-kira 1 petang 18Apr2010


Haji Mohd Rajoli Mohamed Zain (M.Rajoli - 17 September 2010)

Innalillahhiwainnalillahirojiun…
KUALA LUMPUR 17 Sept. – Pelakon veteran, M. Rajoli, 65, meninggal dunia kira-kira pukul 11 malam
di Hospital Ampang di sini selepas dimasukkan ke wad kecemasan kerana mengalami tekanan darah rendah
dan masalah jantung sejak semalam.

Sewaktu dimasukkan ke hospital tersebut, pelakon itu sudah didapati semakin tenat dan diberi alat bantuan
pernafasan kerana masalah yang dihadapinya itu.

Menurut anak bongsu pelakon itu, Mohd. Arif Rajoli, 23, berkata, keadaan bapanya semakin kritikal
awal malam ini sehingga diletakkan di bawah pemerhatian rapi doktor. “Bagaimanapun bapa saya telah meninggal dunia pada pukul 11 malam kerana masalah kesihatan
yang dihadapinya itu.

‘‘Sebelum ini bapa saya kurang sihat dan terlantar di rumah sejak menjalani pembedahan di bahagian
kepala kerana menghidap penyakit tumor. Dia menghidap penyakit itu sejak empat tahun lalu dan
pernah menjalani pembedahan di bahagian kepala.



Mohd. Shamrin Abdul Samad (Penyanyi Kumpulan Fotograf - 11 November 2010)

Innalillahhiwainnalillahirojiun…
KUALA LUMPUR 11 Nov. - Penyanyi kumpulan Fotograf yang popular sekitar 90-an, Mohd. Shamrin Abdul Samad 43, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak bersama-sama rakan artis di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini.

Shamrin kemudiannya dikejarkan ke Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru dan disahkan meninggal dunia pada pukul 6 petang disyaki akibat serangan sakit jantung.

0 comments:

Post a Comment