Sunday, May 2, 2010

Konsert AF8 Minggu Ketujuh

Photobucket

Memasuki minggu ketujuh, kecenderungan genre pelajar sudah dapat dikenalpasti.
So,Pengetua Norman pun dah beritahu yang lagu-lagu yang diberi mengikut genre.

Berikut adalah senarai lagu tugasan bagi konsert minggu ketujuh:

PELAJAR LELAKI
MAULANA – Semalam (Sean Ghazi)
SHAHIR – Tiara (Kris)
IWAN – Warisan Wanita Terakhir (Teacher’s Pet)
DAUS – New Devide (Linkin Park)

PELAJAR WANITA
ADIRA – Ayat Ayat Cinta (Rossa)
AIN – Seindah Biasa (Dato’ Siti Nurhaliza)
FARINA – Jika Kau Ubah Fikiran (Mila)

LAGU BONUS DEBARAN
Medley Jangan Diucap Selamat Tinggal (Shades) dan Viva Forever (Spice Girl)


Photobucket

Konsert minggu ketujuh, Akademi Fantasia musim kelapan (AF8)menyaksikan Shahir menjadi pelajar keenam tersingkir dalam satu pengumuman menerusi Debaran AF yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Memperolehi undian sebanyak 13.89 peratus berbanding enam peserta lain,
keputusan itu menghancurkan hasrat Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 22, untuk terus kekal bersaing ke minggu seterusnya di dalam akademi tersebut.

Menyanyikan lagu berjudul Tiara yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan Kris, ia tidak
cukup memikat hati penonton untuk terus mengundi dan seterusnya mengekalkan Shahir.

Dengan penyingkiran Shahir, AF8 kini diteruskan oleh Muhd. Shahril Firdaus Eli (Daus), 22, Zafarina Jamhari (Farina), 28. Emirza Azwan Zulazrin Chew (Iwan), 20; Nadiawaty Ainul Basir (Ain), 24; Muhd. Firdaus Maulana Mohamed (Maulana), 22, dan Siti Adira Suhaimi (Adira), 19.

Berikut adalah keputusan penuh undian minggu ke-7:

1. Adira-15.46%
2. Daus-14.39%
3. Iwan-14.36%
4. Ain-14.07%
5. Maulana-13.94%
6. Farina-13.90%
7. Shahir-13.89%

Photobucket

0 comments:

Post a Comment