Sunday, May 30, 2010

Akasia - AdaMaya

Photobucket

Assalamualaikum semua…

Alahai camner leh terlupa nak upload entri yang satu ni. Semasa merangka entri ni baru aku ingat pc aku menghadapi masalah teknikal sehingga terbengkalai beberapa entri yang sepatutnya telah lama aku uploadkan. Walau camner pun rasanya ok jer kan lewat 16 hari dari jadual asal yang aku dah rancangkan. Aku jarang mengikuti drama-drama kat tv sebab kekadang ada adengan2 sedih atau cengeng yang aku cuba elakkan. Stended ler aku kan bintang airmata di buatnya ada adengan sedih sure aku akan nanges arhhh..malulahhh...!!! Drama AdaMaya ini aku rasa ok memenuhi citarasa ku sebab tu aku setia dok melangut bila tiba waktu tayangan.

Petang khamis 13May 2010 itu hari berakhir sudah drama melayu Adamaya yang ditayangkan dalam Slot Akasia. Drama Adamaya mula menemui penonton pada 6 April yang lepas dan ditayangkan pada Isnin hingga Khamis bermula pukul 6.30 petang. Judul drama AdaMaya ini adalah cantuman nama hero cite ni Adam & heroinnya Maya.

Disini aku tergerak nak berkongsi dengan rakan-rakan pembaca review tentang drama di telivesyen tempatan ni sebab jalan cerita drama ni menarik dan rasanya kat mana2 pun sekarang ni kita dapat melihat keadaan seperti yang di siarkan menerusi drama ni

Drama ni berkonsepkan komedi romantik yang mempunyai barisan pelakon seperti Hussein Ruffedge dan Lisa Surihani dan pelakon-pelakon lain tak hebatnya jugak seperti Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan memperkenalkan pelakon cilik yang mula mendapat tempat dihati penonton iaitu Mia Sara Nasuha yang memegang watak sebagai Amani.

Drama yang mempunyai 23 episod ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn. Bhd. Adamaya hasil nukilan istimewa Feroz Kader dan skripnya ditulis oleh Zarihah Hassan.

Sinopsis Adamaya

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci manakala cinta sejati menuntut pengorbanan. Begitulah yang terjadi terhadap Adam, 24 tahun (Hussein) dan Maya, 21 tahun (Lisa Surihani). Adam kelulusan undang-undang tetapi lebih cenderung kepada fotografi. Maya merupakan pelajar universiti tahun kedua dalam bidang insuran.Ibu bapanya mengambil keputusan mencarikan suami yang dapat menjaganya kerana mereka terpaksa
bekerja di luar negara selama lima tahun. Adam ialah pilihan terbaik kerana ibu bapa mereka bersahabat baik.

Adam menurut kehendak ibu bapanya kerana tidak mahu menghampakan mereka.
Maya pada mulanya membantah kerana mempunyai kekasih hati, Dani (Faizal Yusup) tetapi selepas dipujuk oleh ibu bapanya, dengan alasan yang kukuh, dia akhirnya bersetuju. Walaupun tiada perasaan cinta, Adam sebagai suami telah bertindak bijak untuk mencari titik persamaan yang menyatukan mereka.

Mereka mula bercinta dan dikurniakan seorang anak. Selepas lima tahun, percintaan mereka menghadapi dugaan tatkala Maya digoda kembali oleh Dani. Adam mula berjauhan dengan Maya untuk mengejar impiannya dan ini membuatkan mereka sering bergaduh. Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adakah Maya akan menyedari tiada cinta yang lebih tulus selain dari cinta suaminya?

Adamaya mengisahkan perkahwinan di usia muda, di mana memerlukan komitmen yang tinggi
dan tanggungjawab serta persefahaman sesama pasangan.

Photobucket

0 comments:

Post a Comment