Saturday, May 29, 2010

Kempen Kami Prihatin

Kempen Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia terus mendapat sokongan ramai lebih-lebih lagi dengan tersiarnya video clip artist2 tempatan di kaca tv dan terdengar nyanyian mereka menerusi corong2 radio.

Sering kita lihat video clip nyanyian ramai artist2 kita menyumbang suara mereka
sebagai tanda sokongan terhadap kempen kemanusiaan yg telah di jalankan sejak bulan
Mac 2010.

Antara artist2 yang telah mengambil bahagian ialah ialah penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Misha Omar dan Amy Mastura, Mawi dan Aizat, Aznil Nawawi, Adibah Noor, Maya Karin dan Erra Fazira.

Sememangnya lagu Harapan Tanpa Suara hasil ciptaan komposer S. Atan dan lirik tulisan Habsah Hassan menyentuh perasaan sesiapa saja yang mendengar. Semoga lirik lagu ini akan dapat membuka mata hati orang2 yang berniat untuk membuang bayi2 mereka.

Semoga rakyat Malaysia akan lebih menanam sifat kemanusiaan & nilai kasih sayang. Jangan ler di buang bayi2 yang tidak berdosa merata rata kerna cuba bayangkan kalau anda berada ditempat bayi itu apa perasaan anda?

0 comments:

Post a Comment