Sunday, May 16, 2010

Konsert AF8 Minggu Kesembilan

Photobucket

Dua tugasan menanti pelajar di Konsert Kesembilan Akademi Fantasia 8. Ini tidak termasuk lagu bonus yang diberikan untuk mereka persembahkan secara berkumpulan. Inilah cabaran buat enam pelajar ini untuk meraih undian peminat buat kali terakhir sebelum melangkah ke peringkat terakhir.

Berikut senarai lagu tugasan untuk minggu ini

AIN
Luka Dilukai (Shima)
Falling For You (Colbie Caillat)

ADIRA
Dua(KRU)
Mercy (Duffy)

MAULANA
Inilah Cinta (Akim)
Better Man (Robbie Williams)

IWAN
Berlari (Tomok)
21 Guns (Greenday)

DAUS
Masa (Estranged)
Take A Look Around (Limp Bizkit)

SHAHIR
Tak Mungkin Berpaling (Mawi)
Tamaly Maak (Amr Diab)

LAGU BONUS
Konsert - Dari Sini Ke Bintang-Bintang (Farah Asyikin)
Debaran - Salam Terakhir (Sudirman)

Photobucket

Nampaknya, harapan ramai peminat untuk melihat Ain beraksi di pentas final Akademi Fantasia musim ke-8 ini hanya tinggal harapan apabila Ain diumumkan sebagai pelajar yang terpaksa meninggalkan Akademi sekaligus menjadikannya sebagai pelajar terakhir yang tersingkir pada AF musim ini.

Dengan tersingkirnya Ain daripada Akademi, bermakna hanya 5 pelajar sahaja yang akan beraksi di pentas final iaitu Adira, Iwan, Daus, Maulana dan juga Shahir. Tahniah buat mereka berlima.

Photobucket

0 comments:

Post a Comment