Saturday, May 22, 2010

Konsert AF8 Minggu Terakhir

Photobucket

Malam tadi 22 May 2010 jam 9.00 malam berlangsung sudah Konsert Akhir
Akademi Fantasia Musim yang ke-8 (AF8) yang di adakan dari Stadium Putra Bukit
Jalil dan disiarkan secara langsung di astro Ria (104 saluran Astro).

Konsert di akhiri dengan pengumuman keputusan undian penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei. Seperti ramai yang menjangkakan bahawa juara AF8 akan di miliki oleh Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Bin Zawawi

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu tidak dapat menahan sebak sebaik diumumkan juara
oleh pengacara AF8, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Beliau yang menyampaikan
lagu Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings dan lagu baru, Kebahagiaan
Dalam Perpisahan ciptaan dan lirik oleh Edry KRU.

Graduan Diploma Kejuruteraan, Universiti Islam Antarabangsa itu menerima hadiah
kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian ke Hong Kong Disneyland,
bekalan Brand’s Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket ke New York
tajaan Maybelline New York dan beberapa hadiah menarik lain termasuk telefon bimbit
LG Prada tajaan LG Electronics berserta trofi.

Naib juara, Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19, dari Ranau, Sabah menyanyikan Tiru Macam Saya(Datuk Sheila Majid) dan Ku Ada Kamu ciptaan dan lirik oleh Edry KRU. Adira membawa pulang hadiah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, baucar percutian tajaan May-belline dan beberapa hadiah menarik lain serta trofi.

Tempat ketiga menjadi milik Muhd Shahril Firdaus Eli atau Daus, 22, dari Kuching, Sarawak yang mendendangkan Doktor Pakar Cinta (Yusry KRU) dan Kenapa? ciptaan dan lirik oleh Edry KRU.Kejayaan itu membolehkan graduan Diploma Perakaunan, Politeknik Kuching itu membawa pulang hadiah set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo dan beberapa hadiah lain.

Tempat keempat diraih Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Maulana, 22,
dari Johor Bahru menyampaikan lagu Susun Silang Kata (Aizat) dan RSVP
ciptaan dan lirik oleh Edry KRU.

Emirza Azwan Zulazrin Chew atau Iwan, 20, dari Seremban, Negeri Sembilan
yang menyampaikan lagu Relaku Pujuk (Spider) dan VIP ciptaan dan lirik
oleh Edry KRU menduduki tempat kelima.

AF8 peringkat akhir itu juga mencatat sejarahnya tersendiri apabila ia buat pertama kalinya disiarkan dalam visual definisi tinggi (HD) dan hanya dapat ditonton oleh para pelanggan Astro B.yond menerusi saluran Astro 124.


Photobucket
gambar pinjam dari bharian


Berakhir sudah sebuah rancangan realiti untuk musim kelapan di tahun 2010.
Semoga segala harapan dan impian bekas pelajar AF8 untuk mengembangkan bakat
mereka sebagai penyanyi akan tercapai dan mereka akan sentiasa sabar dan berusaha
merealisasikan impian mereka. All the best!!!


Photobucket

0 comments:

Post a Comment