Sunday, May 23, 2010

SinarFm Radio No.1 Malaysia

Photobucket

Sekalung tahniah di ucapkan kepada radio SinarFm yang telah terpilih oleh
survey yang di buat oleh Nielsen menjadi radio no.1 di Malaysia.
Satu pencapaian yang cukup membanggakan pendengar-pendengar muzik retro terbaik sepanjang zaman. Ramai yang mungkin tak menyangka dan menduga bahawa radio
sinar begitu melonjak mencapai tahap yang paling teratas kalau di bandingkan
dengan radio2 lain yang tersedia popularnya. Syabas diucapkan kepada penyampai
dan krew SinarFM. SinarFM yang terkenal dengan moto Muzik Retro Terbaik menyiarkan lagu-lagu retro popular era 1970-an,1980-an, 1990-an dan tidak terkecuali lagu-lagu baru yang ada sentuhan Melayu. Rasanya semua orang yang mendengar dan meminati
SinarFm setuju mengatakan bahawa dalam banyak2 segmen yang disiarkan di SinarFm
segment Sinar Pagi yang paling menarik perhatian terutamanya dalam keadaan
pendengar baru bangun tidur di kejutkan dengan celoteh riuh rendah Krill (Khairil Rashid),SY (Saleh Yaacob)dan KE (Raja Azura).

Ini dia team atau 3 pengacara kecoh di pagi hari dari hari isnin - jumaat bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi (kekadang hingga kul 11 pagi apa lagi waktu keterlanjuran ler). Ayat power yang selalu dia org bertiga gunakan ialah "I FOLLOW!!!"
Terasa sangat bila pagi sabtu dan ahad rasa cam tak best dengar SinarFm sebab tak der keriuhan sore2 dia orang ni terutamanya Kak Engku (KE) yang merupakan pembela kaum wanita bila Saleh Yaacob & Khrill asyik menyebelahi kaum lelaki
saja hehehe. Apa2 pun all the best tuk semua yang berada di SinarFm.

0 comments:

Post a Comment